Monday, April 26, 2010

hikmah berzikir

Dari Abu hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:”Allah Tabaraka wa Ta ala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir , maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain.Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah swt. Bertanya mereka:”Wahai para malaikatku, dari manakah kamu semua?” Berkatalah para malaikat:”Ya Tuhan kami, kami baru saja balik dari memeriksa hamba-hamba,u di bumi, mereka bertasbih, takbir,tahlil dan tahamid serta memohon kepadamu.” Semuanya Allah swt. Lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaanya. Setelah Allah swt. Mendengar kata-kata para malaikatnya, maka Allah swt. Pun berkata:”Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaku?” Berkata para malaikat:”Hamba-hambamu itu memohon syurga darimu”. Allah swt. Bertanya lagi:” Pernahkah mereka melihat akan syurga itu?”.Berkata para malaikat lagi:”Mereka tidak pernah melihat syurga itu.”

Berkata Allah swt.:” Hamba-hambaku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu.” Berkata para malaikat:” Mereka juga memohon kebebasan”> Allah swt bertanya:”Memohon bebas dari apa?”. Berkata para malaikat:” Hambamu itu memohon kepada mu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam”. Allah swt. Bertanya para malaikat lagi:” Pernahkah hamba-hambaku melihat akan nerakaku itu?” Berkata para malaikat:” Tidak ya Allah”. Allah swt. Berkata:”Hamba-hambaku itu tidak pernah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya.”

Kemudian para malaikat berkata lagi:”Ya Allah, hambamu itu memohon ampun kepadamu,”Allah swt. Berkata:”Dengarlah wahai para malaikatku, aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka meminta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu.” Berkata malaikat lagi:”Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir”. Allah swt. Berkata:”Orang itu pun KU ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka.:”

Sekian.

No comments:

Post a Comment