Friday, April 15, 2011

salah satu kehebatan khalifah umar

KEHEBATAN.. KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman
pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang
mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT.
Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa
diperkenankan oleh Allah SWT.

Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang
bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah
dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan
keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.

Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah
melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As
r.a. sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja
menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah
mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan
agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam,
mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.

Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi
Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak
melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk
kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk
menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan
mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.

Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah
matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan
seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada
Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.

Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan
mendesak Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut
bagi mengatasi masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk
Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah
diamalkan turun-temurun. Amru al-As r.a. keberatan menunaikan
permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah
selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin
bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. bagi menyelesaikan
masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.

Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan
jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan
pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan
raklyat.

Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca,
air muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap
penduduk Mesir. Katanya " adat ini terang sekali syirik hukumnya.
Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci.
Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang
Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak
sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan
bodoh ini".

Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis
sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari
kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin
surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.

Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah,
alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya
sebaliknya Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil.
Setelah membacanya Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke
dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke
dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan
akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang
anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu
iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah
tersebut.

Surat khalifah Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya
"Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil,
kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah
maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah
itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir
seperti sediakala".